Geng Upin Ipin - Pengembaraan Bermula

Geng Upin Ipin - Pengembaraan Bermula

Geng Upin Ipin - Pengembaraan Bermula

Geng: Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins untuk pasaran luar negara, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian[3]) dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production (LCP) ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.

Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selama lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.

Setelah disiapkan, filem Geng mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 buah pawagam seluruh negara.[4] Dilaporkan bahawa filem Gengberjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton[5] dari sebanyak 55 buah pawagam, sekaligus menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagamnya di Malaysia sepanjang tahun 2009[2], di samping menghampiri rekod Lagi Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001 dan filem ke-12 paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia.

Genre: Animation

Actor:

Director: Mohd Nizam Abdul Razak

Country: Malaysia (Animation)

Release: 12 Feb 2009

Duration:

Quality: HD

Likes / Dislikes Like 0 Dislike 0

Facebook Comments

Related Videos

Dragon Ball Super (2015)

24 min / 218 views

Heavy Metal (1981)

86 min / 127 views

Corpse Bride 2005

77 min / 233 views

Pocahontas 1995

81 min / 129 views

Cinderella (1950)

74 min / 131 views

Son of Batman (2014)

74 min / 134 views

Hotel Transylvania (2012)

91 min / 197 views

Free Birds (2013)

91 min / 106 views

Hotel Transylvania 2 (2015)

89 min / 288 views